Posts

Showing posts from 2020

Mee Rebus Ala Terengganu | Malay Kitchen

Image
Resepi: Mee Rebus Ala Terengganu Terdapat pelbagai variasi masakan untuk mee rebus. Ini adalah mee rebus Terengganu dan ia merupakan salah satu makanan kebanggaan negeri itu. Mee rebus ini sedap dimakan apabila masih panas. Jangan letak mee dalam kuah lagi jika nak makan dalam masa yang lama, nanti mee jadi kembang. Cuba lah! 🥰 *** Mee Rebus Ala Terengganu*** Bahan-bahan: Mee Kuning 1/2 biji bawang merah dihiris 1 ulas bawang putih dihiris 1 cili padi 3 ekor Udang 7 ekor Sotong dihiris 1 ketul Fish Cake dihiris Sayur pilihan anda : Bunga Kobis, Saderi, Lobak Merah, Tomato, Kailan 1 biji telur Garam Lada sulah Air secukupnya Cara-cara: 1. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga wangi. 2. Masukkan sotong dan udang. Goreng hingga masak. 3. Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih. 4. Masukkan fish cake dan semua sayur pilihan anda dan biarkan mendidih. 5. Sementara kuah mendidih, basuh mee kuning dengan air biasa dan tapiskan. 6. Masukkan mee kuning d...

Pancake ala MCD Mudah Sangat! 💕 | Malay Kitchen

Image
  Resepi: Pancake ala MCD Pancake ni memang selalu saya masak untuk anak untuk breakfast. Seronok masak dengan anak sambil minta anak kacau adunan! ***Pancake*** Bahan-bahan: 1 cawan tepung berserbuk penaik blue key 1 cawan susu full cream (bersuhu bilik) 1 biji telur 1/2 sudu butter 3 sudu teh gula 1 sudu teh vanilla Sedikit garam Bahan sampingan: Butter Madu Cara-cara: 1. Campur kesemua bahan hingga menjadi adunan. Tidak cair dan tidak pekat. Rehatkan selama 5 minit. 2. Panaskan kuali dengan api kecil. 3. Tuangkan 1 senduk adunan dan biarkan ia masak 4. Bila buih timbul banyak atas pancake, terbalikkan pancake. 5. Siap! Hidangkan bersama butter dan madu! Selamat mencuba!  Jangan lupa Like dan Share ya!  FB Page : Malay Kitchen Youtube : Malay Kitchen FB:  https://fb.watch/2ChE4aEylY/ Youtube :  https://www.youtube.com/watch?v=1htts6lwazM

Bihun Sup Ayam Bersama Cili Kicap | Malay Kitchen

Image
  Resepi: Bihun Sup Ayam Bila dah bosan nasi, bihun sup ni menjadi pengganti. Menyelerakan bila hirup sup panas-panas 🥰 *** Bihun Sup Ayam*** Bahan-bahan: 2 ketul dada ayam Tulang ayam *1/2 biji bawang merah *1/2 biji bawang besar *1 ulas bawang putih *sedikit halia *bunga lawang *kulit kayu manis *cengkih *pelaga Akar daun sup Lobak merah 1 Kiub Ayam Garam Lada sulah Air secukupnya 1 paket bihun (dicelue dengan air panas) Bahan sampingan: Isi dada ayam dicarik Daun sup Bawang goreng Hirisan fish cake yang digoreng Sambal cili kicap: Cili padi Bawang putih Kicap manis Cara-cara: 1. Panaskan minyak dan tumis bahan bertanda * hingga wangi. 2. Masukkan air secukupnya dan masukkan tulang ayam. 3. Masukkan akar daun sup dan lobak. 4. Didihkan air rebusan ayam selama 1 jam. 5. Masukkan dada ayam kedalam air rebusan. 6. Bila dada ayam sudah masak, angkat dan ketepikan. 7. Bila dada ayam sudah sejuk, carik isi ayam halus. 8. Guna periuk lain, letakkan penapis dan tuang air rebusan...