Bihun Sup Ayam Bersama Cili Kicap | Malay Kitchen
Resepi: Bihun Sup Ayam
Bila dah bosan nasi, bihun sup ni menjadi pengganti. Menyelerakan bila hirup sup panas-panas 🥰 *** Bihun Sup Ayam*** Bahan-bahan: 2 ketul dada ayam Tulang ayam *1/2 biji bawang merah *1/2 biji bawang besar *1 ulas bawang putih *sedikit halia *bunga lawang *kulit kayu manis *cengkih *pelaga Akar daun sup Lobak merah 1 Kiub Ayam Garam Lada sulah Air secukupnya 1 paket bihun (dicelue dengan air panas) Bahan sampingan: Isi dada ayam dicarik Daun sup Bawang goreng Hirisan fish cake yang digoreng Sambal cili kicap: Cili padi Bawang putih Kicap manis Cara-cara: 1. Panaskan minyak dan tumis bahan bertanda * hingga wangi. 2. Masukkan air secukupnya dan masukkan tulang ayam. 3. Masukkan akar daun sup dan lobak. 4. Didihkan air rebusan ayam selama 1 jam. 5. Masukkan dada ayam kedalam air rebusan. 6. Bila dada ayam sudah masak, angkat dan ketepikan. 7. Bila dada ayam sudah sejuk, carik isi ayam halus. 8. Guna periuk lain, letakkan penapis dan tuang air rebusan ayam kedalam. 9. Masukkan kiub ayam, garam dan lada sulah. Gaul hingga sebati. 10. Didihkan sebentar kuah sup ayam. 11. Kuah sup ayam sudah siap 12. Untuk sambal cili kicap: kisar cili padi, bawang putih dan kicap manis hingga halus. 13. Letakkan bihun kedalam mangkuk dan hiaskan dengan bahan sampingan. 14. Tuangkan kuah sup ayam kedalam mangkuk. 15. Siap! Bolehlah dihidangkan. Selamat mencuba! 🥰 Jangan lupa Like dan Share ya! 💕 FB Page : Malay Kitchen Youtube : Malay KitchenYoutube: https: //www.youtube.com/watch?v=oEUfGI1gisE&t=105s
Facebook: https://fb.watch/2CdSx8o8fE/
Comments
Post a Comment