Dapur Miza: Wantan Sup


Asalnya nak buat wantan mee kicap dengan wantan sup.. tapi x jumpa wantan mee kat Giant Batu Caves.. so aku pun buat je lah sup wantan.. 1st time masak wantan sup, tapi Alhamdulillah sedap jugak! perasan kan aku.. HAHAHA.. tp serius sedap! barang2 pun xde complicated mana tapi dapat hasil memuaskan.. aku tengok video wantan mee kat youtube kat channel Nyonya Cooking.. ni link video nya.. KLIK SINI.. tapi resepi  asal dia guna pork.. ko gilaa aku nak guna pork jugak?? hahaa mestilah tak.. so aku ganti dengan daging ayam..pastu aku ada ubah2 resepi sikit.. korang try la! x rugi.. ^_^

BAHAN-BAHAN (untuk 3-4 orang makan)

Wantan Ayam:
150g-200g Dada ayam dipotong kecil
1/2 sudu besar Lobak merah - dicincang
1/2 sudu besar Daun bawang - dicincang
1/2 camca teh Halia - dicincang
1/2 camca teh  Bawang putih - dicincang
1 camca teh Oyster sos 
3-4 titik minyak bijan
sedikit lada sulah
sedikit garam
sedikit gula
Kulit wantan 

Sup:
Air secukupnya
Setengah kiub pati ikan bilis knor
7 tangkai daun bawang (guna bahagian hujung saja)
sedikit lada sulah
sedikit garam
sedikit gula

CARA-CARA 


1. Sediakan wantan terlebih dahulu. Semua bahan wantan ayam kecuali kulit wantan digaul sebati. Perap dalam 10-15 minit.


2. Sementara ayam diperap, boleh la buat sup. masukkan air, pati ikan bilis dan daun bawang ke dalam periuk dan panaskan.

3. Ni lah kulit wantan yang digunakan. beli di giant batu caves.

4. Sediakan air sedikit untuk 'gam' kulit wantan nanti. So jom kita balut kulit wantan! =D


5. Letakan dalam 1 sudu teh isi ayam diperap di tengah kulit wantan. Sapukan sedikit air di setiap bucu kulit untuk 'gam'.


6. Setiap bucu kulit ditemukan macam ditunjukkan di gambar atas. Sapukan air di bucu lagi jika xmahu lekat.


7. Tekan/picit macam gambar diatas. tapi jangan kuat sangat sebab takut kulit koyak. Sapu sedikit air kat mana2 tempat yang longgar.


8. Wantan yang dah siap! ulang lagi sampai habis isi ayam.


9. Antara wantan yang dah siap.. dapat dalam 14 biji..


10. Masukkan semua wantan dalam sup yang mendidih.


11. Lepas je kita masukkan wantan dalam sup, sup akan stop mendidih kejap. Tengok dalam gambar, sup nampak tenang je kan? hehee.. So ada teknik nak bagi wantan kita bagi lagi sedap iaitu campurkan air sejuk semasa sup kembali mendidih. Time ni kena standby air sejuk ditepi. Tunggu dalam 5-6 minit untuk sup mendidih.

12. Sup dah mendidih kembali.. cepat2 letakkan air sejuk dalam sup untuk stopkan didih.


13. Sup dah kembali tenang semula..biarkan dalam 8-10 minit mendidih.


14. Sup pun dah mendidih untuk kali kedua, so kita boleh tambah garam, gula dan lada sulah untuk rasa. adjust2 lah eh ikut tekak masing2.. Wantan akan terapung dalam sup jika dah masak. Boleh la untuk dihidang.. Siap! =)



Boleh la hiaskan Sup Wantan dengan hirisan daun bawang.. Sedap dan menyelerakan! patut hidangan ni boleh makan dalam 3-4 orang. tapi aku dgn adik aku je dah boleh habiskan.. HAHAA.. sila lah try! Bye jumpa lagi! ^_^









Love,

Miza <3






Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin Czer + Jahitan Terbuka

Dapur Miza : Cili Kering Kisar (Resepi 1)