Posts

Mee Rebus Ala Terengganu | Malay Kitchen

Image
Resepi: Mee Rebus Ala Terengganu Terdapat pelbagai variasi masakan untuk mee rebus. Ini adalah mee rebus Terengganu dan ia merupakan salah satu makanan kebanggaan negeri itu. Mee rebus ini sedap dimakan apabila masih panas. Jangan letak mee dalam kuah lagi jika nak makan dalam masa yang lama, nanti mee jadi kembang. Cuba lah! 🥰 *** Mee Rebus Ala Terengganu*** Bahan-bahan: Mee Kuning 1/2 biji bawang merah dihiris 1 ulas bawang putih dihiris 1 cili padi 3 ekor Udang 7 ekor Sotong dihiris 1 ketul Fish Cake dihiris Sayur pilihan anda : Bunga Kobis, Saderi, Lobak Merah, Tomato, Kailan 1 biji telur Garam Lada sulah Air secukupnya Cara-cara: 1. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga wangi. 2. Masukkan sotong dan udang. Goreng hingga masak. 3. Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih. 4. Masukkan fish cake dan semua sayur pilihan anda dan biarkan mendidih. 5. Sementara kuah mendidih, basuh mee kuning dengan air biasa dan tapiskan. 6. Masukkan mee kuning d...

Pancake ala MCD Mudah Sangat! 💕 | Malay Kitchen

Image
  Resepi: Pancake ala MCD Pancake ni memang selalu saya masak untuk anak untuk breakfast. Seronok masak dengan anak sambil minta anak kacau adunan! ***Pancake*** Bahan-bahan: 1 cawan tepung berserbuk penaik blue key 1 cawan susu full cream (bersuhu bilik) 1 biji telur 1/2 sudu butter 3 sudu teh gula 1 sudu teh vanilla Sedikit garam Bahan sampingan: Butter Madu Cara-cara: 1. Campur kesemua bahan hingga menjadi adunan. Tidak cair dan tidak pekat. Rehatkan selama 5 minit. 2. Panaskan kuali dengan api kecil. 3. Tuangkan 1 senduk adunan dan biarkan ia masak 4. Bila buih timbul banyak atas pancake, terbalikkan pancake. 5. Siap! Hidangkan bersama butter dan madu! Selamat mencuba!  Jangan lupa Like dan Share ya!  FB Page : Malay Kitchen Youtube : Malay Kitchen FB:  https://fb.watch/2ChE4aEylY/ Youtube :  https://www.youtube.com/watch?v=1htts6lwazM

Bihun Sup Ayam Bersama Cili Kicap | Malay Kitchen

Image
  Resepi: Bihun Sup Ayam Bila dah bosan nasi, bihun sup ni menjadi pengganti. Menyelerakan bila hirup sup panas-panas 🥰 *** Bihun Sup Ayam*** Bahan-bahan: 2 ketul dada ayam Tulang ayam *1/2 biji bawang merah *1/2 biji bawang besar *1 ulas bawang putih *sedikit halia *bunga lawang *kulit kayu manis *cengkih *pelaga Akar daun sup Lobak merah 1 Kiub Ayam Garam Lada sulah Air secukupnya 1 paket bihun (dicelue dengan air panas) Bahan sampingan: Isi dada ayam dicarik Daun sup Bawang goreng Hirisan fish cake yang digoreng Sambal cili kicap: Cili padi Bawang putih Kicap manis Cara-cara: 1. Panaskan minyak dan tumis bahan bertanda * hingga wangi. 2. Masukkan air secukupnya dan masukkan tulang ayam. 3. Masukkan akar daun sup dan lobak. 4. Didihkan air rebusan ayam selama 1 jam. 5. Masukkan dada ayam kedalam air rebusan. 6. Bila dada ayam sudah masak, angkat dan ketepikan. 7. Bila dada ayam sudah sejuk, carik isi ayam halus. 8. Guna periuk lain, letakkan penapis dan tuang air rebusan...

Pengalaman Bersalin Czer + Jahitan Terbuka

PENGALAMAN BERSALIN Isnin 3/10/16 Dari hari sabtu lagi pengerakan baby mcm lemah je, tapi still cukup 10 pngerakan.. Agaknya jumaat sblm tu aku hulur ke hilir kat ofis buat filing .. 😆 Sampainya hari isnin ajak naim pergi hosp shah alam lps pukul 9pm.. Makan jap kt seksyen 7, lepastu pergi hosp.. Buat saringan kat tingkat 3 dulu, pasang ctg 20mnt, nurse ckp ctg x cantik.. Nurse tanya dah mkn ke, aku ckp dah mkn mlm sblm dtg.. Then, die suruh naik tingkat 4 jumpa doktor.. Doktor suruh masukkan air 1 botol, pastu cek ctg lagi.. Dua kali repeat.. X cantik jgk.. Lepas tu doktor scan then kata baby jantung okey cuma anggaran berat baby kecil je 2.3kg.. Pelik jgk sbb selama ni scan kat kk or klinik luar berat baby ikut week.. Pastu doktor seluk pun xde bukaan lagi.. Dia advice suruh balik rumah dulu & dtg balik esok repeat ctg pukul 8pg.. Bersungguh die mntk aku dtg esok nak tengok problem apa.. Aku pun balik lah rumah dah tgh mlm.. Sempat jap singgah mamak mkn roti canai 😁 ...

Dapur Miza: Wantan Sup

Image
Asalnya nak buat wantan mee kicap dengan wantan sup.. tapi x jumpa wantan mee kat Giant Batu Caves.. so aku pun buat je lah sup wantan.. 1st time masak wantan sup, tapi Alhamdulillah sedap jugak! perasan kan aku.. HAHAHA.. tp serius sedap! barang2 pun xde complicated mana tapi dapat hasil memuaskan.. aku tengok video wantan mee kat youtube kat channel Nyonya Cooking.. ni link video nya..  KLIK SINI .. tapi resepi  asal dia guna pork.. ko gilaa aku nak guna pork jugak?? hahaa mestilah tak.. so aku ganti dengan daging ayam..pastu aku ada ubah2 resepi sikit.. korang try la! x rugi.. ^_^ BAHAN-BAHAN (untuk 3-4 orang makan) Wantan Ayam: 150g-200g Dada ayam dipotong kecil 1/2 sudu besar Lobak merah - dicincang 1/2 sudu besar Daun bawang - dicincang 1/2 camca teh Halia - dicincang 1/2 camca teh  Bawang putih - dicincang 1 camca teh Oyster sos  3-4 titik minyak bijan sedikit lada sulah sedikit garam sedikit gula Kulit wantan  Sup: Air secukupnya Sete...

Dapur Miza : Cili Kering Kisar (Resepi 1)

Image
Cili Kering Kisar (Resepi 1) Cili kering kisar? mesti korang gelak kan? mesti kutuk ada ke patut letak dalam blog..hahaha.. bukan apa.. orang noob x reti masak mcm aku ni mmg mencari2 benda simple ni..kadang2 benda simple pun teknik penting jugak..x bole belasah je.. hahaa.. kat rumah aku ni, mak jarang masak sambal2 ni.. so aku x tahu cara betul masak sambal.. so aku pun experiment la sendiri..so resepi ni based dgn pengalaman aku..sbb aku dah pernah buat 2 kali sambal ikan bilis kering untuk en tunang..rasa pedas tu kaww gila..makan seketul ikan bilis tu berpinar mata..nasib la kamu..hahahah.. yg x sangka tu habis jugak dia makan..maybe jaga hati atau save bajet? ntah?hahaa.. penah jugak aku masak nasi lemak untuk dia, sekali lagi sambal ikan bilis tu betul2 pedas gila.. rasa dah okey cuma pedas tu melampau..aku pun x sanggup makan.. hahaaa  Lepas aku mencari cara-cara masak sambal dgn betul kat internet, rupanya cili kering tu main faktor utama.. x sangka pulak kena pilih y...

Bajet tunang

Image
BAJET TUNANG :) Salam semuaaa... kisah tunang masih belum habis lagi.. sbb ada kawan2 tanya bajet berapa..sbb yelah, semua benda aku DIY sendiri..tapi bkn duit aku sgt, sbb mostly duit PAMA.. hikssssss.. *sambil sengihh buang tabiat* HAHAHA..tp sebelum tu meh aku bagi highlight benda yg penting untuk tunang.. kalau xde tu x bole tunang.. eh melampau.. hahaha xde la.. ni antara benda2 penting untuk majlis tunang bagi kes aku la.. hehee okayy ni la highlight nyaa..   1) BAJU, SHAWL & VEIL  2) MAKEUP 3) HANTARAN 4) MINI PELAMIN 5) GOODIES 6) MAKANAN  7) PHOTOGRAPHER okayy jom mulakan sesi mengira duit2 yg telah dilaburkan untuk majlis..aku pun x kira lagi total duit.. tulis entri ni baru nak keluarkan calculator.. kalau tak mmg xtau berapa aku dah habiskan.. neves ni.. hahhaa 1) BAJU, SHAWL & VEIL  Baju beli siap kat minaz boutique kat bangi..dpt diskaun RM20 sbb aku menang contest raya minaz haritu.. hihii.. harga baju : RM279 (lepas diskau...